Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (letak garam kumyit & sblm goreng lumurkan dgn tepung jagung : goreng sampai masak)
1 labu bawang besar(hiris dadu)
3 biji bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut (disiat-siat)
10 biji cili padi (dihiris) *** kalau tak suka pedas kurangkan
4 sb sos cili
2 sb sos tomato @ sos plum
1 1/2 sb sos tiram
Hirisan nenas, epal , tomato, timun, cili benggala dsbg..
Cara-cara :
- Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut & halia sehingga wangi.
- Kemudian masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Masukkan lebih air klu suka kuah banyak. Boleh tambah gula & garam kalau suka.
- Seterusnya masukkan tomato, nanas, timun, epal & cili benggala.
- Setelah masak, angkat & tuangkan kuah tadi ke atas ikan yang sudah digoreng tadi.
- Hidangkan.