Sunday, October 25, 2009

Blurberry Cheese Tart

Salam,

Blueberry Cheese Tart....hmmm... sebut nama nyer pun dah menimbulkan perasaan nak makan. Dah lama sesangat nak buat kuih ni...sampai termimpi-minpi. Finally... I made it... dengan bangga nyer (tapi tak riak la he...he...)
Sebab nak buat sesangat walaupun tak der gula aising kat umah, tetap buat jugak. Danie blend jer gula pasir tu jadi gula aising. Hasil nyer, pastri tu rasa manissss. Satu lagi, sebab excited sesangat Danie letak blueberry filling tu banyak sangat so, kuih ni dah rasa manis sangat. Walau bagaimanapun masih boleh dimakan & diterima oleh mulut & perut, so habislah jugak kuih ni. Cuma lain kali kena berhati-hati sikit letak filling tu..... Kalau nak cuba resepi sila klik di sini. Bukan salah resepi kuih ni jadi manis, salah tuan empunya yang buat telebih excited!!! Cubalah... mesti sedap :))

Cucuk2 dgn garfu sebelum di bakar 1/2 masak...

Hasil nyer...

Setelah dimasukkan cream cheese & blueberry....

Dah masak & boleh dimakan. Yumm...yumm.... Nak buat lagi lah......

No comments:

Post a Comment