Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Sunday, October 25, 2009

Sambutan Hari Raya Tmn Nusa Damai Sektor A


Salam,

Lama betul rasa nyer tak tulis kat blog ni... maklum bz dengan raya & open house... sempena masih dalam mood raya ni Danie paparkan beberapa gambar sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Taman Nusa Damai (Sektor A). Memang meriah...makanan pun banyak !!! Muai...


Danie sumbangkan coklat cup cake... cuba resepi baru, tak berapa jadi sebab lupa letak serbuk penaik... nasib baik dapat cover dengan aising... he...he...sorry ...

Kemain lagi Ijan makan... padahal petang tu dah makan kat open house bakal mentua :))

Sempat lagi Mr. Hubby ni possing... tu yang kali ke berapa jenis tu :))

Bersama jiran Kak Ana (sebelah umah & Dilla (depan umah) :)))


Kanak-kanak lah yang paling seronok. Dari kiri Arif, Amsha& Dina. Best friend 4ever....

Ha... ni pulak anak2 kat lorong 5 la ni...

Ni pulak anak2 dara lorong 5... semua comel2.....

Pasangan romantik of the year... Abang Amran & Kak Zai....

Tuesday, August 11, 2009

Balik Kampung... ooo... Balik Kampung...

Salam,

Minggu lepas Danie dgn anak2 ada balik kampung MIL... Amy cakap sajer jer sambil meraikan besday Amalia & Shakira... Shakira awal keluar awal seminggu dari Amalia...so, boleh lah sambut besday sama2... so, dgn pantas nyer (konon2) Danie pun buat la sebijik chocolate moist cake yang ala2 kadar...biar la meriah sikit... Jom tengok apa jadi bila anak beranak berkumpul (ini baru sebahagian)



Kek besday yang ala-ala kadar...

Amik gmbar pun tak berapa betul...kaburrrrrrrr...


Happy Birthday Amalia & Shakira... semoga panjang umur & dimurahkan rezeki & semoga hidup di rahmati Allah dunia & akhirat & semoga jadi anak yang solehah :)


Sempat lagi 2 orang anak dara tu tengok kamera...anak teruna kat sebelah tu geram jek tengok kek tu...hik...hik..


Sesi orang yang tak sambut besday lak menyibuk nak potong kek... bagilah...kesian pulak...


Silalah jamu selera...chocolate moist cake & ice cream...yummy....

Sesi bermain di halaman rumah tok & nenda...bukan main seronok lagi...


Arif & Nurul pulak sibuk nak cari kucing... biar la... diaorang pun jarang2 jumpa...tu yang seronok bila jumpa...


Ni pulak kat Giant...singgah sebelum balik... diaorang tengok bebudak naik motor & kereta mainan...teringin la tu...

Bagi makan ayam seketul...tak pelah anak dara ni...tak der la nak kacau mummy nak makan... comot nyer dik!!!


Ha...tercapai jugak hajat... nasib baik nenda tunaikan, kalau tak kempunan...jadi mat rempit.... kecik2 gini tak pe la....dah besar nanti jgn buat perangai mcm ni ye abang...

Nurul cepat la drift keta tu...mak long nak tengok....

Ni pulak dah sampai kat umah...bagi lah diaorang mandi kolam...eee seronok nyer...

Ni pulak cucu2 bersama nenda...apasal pulak dua2 jadi anak dara? Mana anak teruna Danie...??? Sajer jer gimmik...Seronok betul diaorang...kami pun seronok gak...riuh rendah...nenda pulak suka melayan cucu2 nyer walaupun kepenatan...cucu2 nyer apa lagi suka la amik kesempatan... Cukup lah dulu...lain kali cite lagi...Adios!!!

Saturday, June 27, 2009

Guess who?

Cuba teka sapa yang didalam gambar nih?


Sunday, April 19, 2009

anak sedara dan anak jiran

Salam, ari ni anak sedara yang paling rapat dengan saya datang umah. Rumah berselerak pulak tu. Seronok sangat rasa sebab kami biasanya kalau jumpa akan meluahkan perasaan atau masalah masing2. Sporting budaknya. Dapat la release tension jap. Dah lama tak jumpa dengan dengan dia. Nasib baik ada buat kek boleh la hidangkan.
Tiba-tiba tengah makan ada pulak anak jiran datang cakap adik dia jatuh, kepala luka nak bawa gi hospital. Kelam kabut anak-beranak semuanya gi hospital. Kena 3 jahitan kat kepala. Jatuh kat bilik air. Risau betul anak2 sekarang ni. Anak aku pun suka main kat bilik air. Kalau larang bukannya nak dengar. Entah la budak2 sekarang ni.
Nanti next time nak bagi resepi kek coklat moist yang aku buat. Not bad la....
Sehingga jumpa lagi.....

Saturday, April 11, 2009

Selamat Datang ke Danie's Blog

Salam,

Selamat datang ke blog percubaan ini. Disini akan dimuatkan segala macam ragam hidup saya sekeluarga dalam mengharungi cabaran hidup ini saban hari.

Selalulah lawati blog ini dan pastikan anda 'subscribe' ke RSS blog ini untuk mendapatkan cerita-cerita terkini dari blog ini.