Friday, November 15, 2013

Siakap Tiga Rasa

Sumber : dayangjck blogspot

Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap (letak garam kumyit & sblm goreng lumurkan dgn tepung jagung : goreng sampai masak)
1 labu bawang besar(hiris dadu)
3 biji bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut (disiat-siat)
10 biji cili padi (dihiris) *** kalau tak suka pedas kurangkan 
4 sb sos cili 
2 sb sos tomato @ sos plum
1 1/2 sb sos tiram
Hirisan nenas, epal , tomato, timun, cili benggala dsbg..

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut & halia sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Masukkan lebih air klu suka kuah banyak. Boleh tambah gula & garam kalau suka.
  3. Seterusnya masukkan tomato, nanas, timun, epal & cili benggala. 
  4. Setelah masak, angkat & tuangkan kuah tadi ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. 
  5. Hidangkan.



Tuesday, August 20, 2013

Almond Cluster


As salam...

Jeng jeng jeng.... Rindu dengan blog sendiri... sob sob sob...kesian ....
Bukan tak masak, tp macam2 hal yg jadi sampai tegendala update blog huhuhu
Ok lah, tak payah lah citer panjang2... ini entry terbaru Danie... ALOMOND CLUSTER... terjumpa biskut ni kat blog Cahaya Cintaku... sebab senang sesangat ...rasa nak cuba & hasilnya tidak mengecewakan.... Kepada sesapa yg suka alomond & coklat boleh lah cuba yek...




Cara2 nak buat senang  sesangat & boleh tengok kat blog sini http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/search/label/biskut%20almond%20cluster

Blog ni tersangatlah bestnyer...sampai boleh tegelak sorang2 baca entry Ana ni. Ok...kepada yg nak mencuba tu Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya!