Thursday, July 23, 2009

Hepi B'Day - Athirah & Athari

Salam,

Ini satu lagi kek besday.... untuk Athirah & Athari... kakak & adik... anak2 Amoi, jiran Danie jugak.... Ini pun kongsi besday jugak.... disebabkan buat hari yg sama & Amoi pun tak der bagi tahu secara spesifik nak deco yang mcm mana so, Danie buat akan2 sama dengan kek ciklat yang satu lagi... cuma kek yang ni tak boleh nak lukis apa2 sbb tulisan dah penuh....harap suka lah yer dengan kek nyer... terima kasih Amoi....
Dah banyak kali Danie postkan pic chocolate moist cake ni... dan kek ini jugak menjadi favourite jiran2 Danie sejak Danie buat besday Arif ari tu... Kali ni Danie nak kongsi resepi pulak.... resepi ni Danie dapat dari Restoran Pak Amir.....

Bahan A
1 ketul buttercup
1 cawan gula halus
6 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri

Bahan B
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
sedikit air
* semua Bahan B di masak atas api yang perlahan... masak hingga nampak pekat & sejukkan

Bahan C (untuk topping)
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
* masak hingga pekat

Cara-cara
1- Pukul buttercup & gula hingga kembang
2- Masukkan telur satu persatu
3- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati
4- Masukkan bahan B yang telah dimasak & kacau hingga sebati
5- Masukkan dalam loyang & dibakar selama 45 minit hingga 1 jam
6- Bila dicucuk dengan lidi & tak melekat, angkat kek & keluarkan dari loyang
7- Bila telah sejuk, sapukan dengan Bahan C tadi
8- Tabur atas kek dengan gula halus yang berwarna-warni / biarkan kosong sahaja

Selamat Mencuba... Adios!!!

No comments:

Post a Comment