Thursday, July 16, 2009

Puding Gula Hangus

Salam,

Alhamdulillah.... sampai juga hajat di hati nak berbuka puasa dengan puding gula hagus ni.... Lama jugak la tak buat puding ni.... tu yang teringin sangat nak makan ni.... puassss.......... yummy..... yumm... yumm...



Lupa lak nak amik gambar sebelum potong... ini pun dah separuh potong baru teringak hiks... hiks.... kes nak cepat letak dalam ice box... sebab Danie suka makan bila sejuk....


Danie suka kalau puding ni berlubang-lubang... macam kek gula hangus tu..... kadang2 jadik, kadang2 tak..... Kalau nak mencuba bolehla try resepi ni...

Bahan2

1 tin susu cair
9 @ 10 biji telur
10 sb gula
Sedikit esen vanilla
2 sb gula (utk didicairkan pd loyang)

Cara2

1) Cairkan gula di dlm loyang menggunakan api yg kecil sehingga kekuningan.
2) Di dalam bekas yg lain... Masukkan telur, gula dan esen vanila ... kepuk agak2 gula dah hancur (tak perlu kepuk sampai berbuih... kepuk biasa jek) pas tu masukkan susu cair... kacau hingga rata...
3) Akhir sekali masukkan adunan tu dlm loyang dan kukus lah selama 45 minit... Bila dah masak, agak2 dah sejuk telangkupkan puding tadi dan boleh lah dipotong utk dijamu.....

Selamat Mencuba... Adios!

1 comment:

  1. salam,
    danie, lama x lawat blog awak. akak agak sibuk sejak dua menjak ni. emmm....puding ni...nampak ngancam jek...bila agaknya boleh rasa ek..:-)

    ReplyDelete